Masjid Al Aqsa Jadi Saksi Perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Sidratul Muntaha, Diolok-olok Kaum Musyrikin Diimani Sayyidina Abu Bakar Al Siddiq

photo author
- Senin, 27 Januari 2025 | 11:09 WIB
Masjid Al Aqsa saksi perjalanan Rasulullah SAW ke Sidratul Muntaha
Masjid Al Aqsa saksi perjalanan Rasulullah SAW ke Sidratul Muntaha

HUKAMANEWS - Masjid Al-Aqsa telah mejadi tempat Israknya Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram.

Dari Masjid Al-Aqsa baginda kemudian di- Mikrajkan ke Sidratul Muntaha.

Beberapa Ibrah agung yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini sebelum dan usai peristiwa Isra Mikraj ini.

Sentiasa mengimani Rasulullah, kita dapat melihat imannya Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Sementara kaum musyrikin Quraish telah mengolok-olok berita yang dibawa oleh Rasulullah SAW, dikutip dari akun X The Patriots, pada Senin (27/1).

Mereka merendah-rendahkan bahkan menyatakan bahawa Rasulullah ini semata-mata menipu.

Baca Juga: Bocoran Exynos 2500, Chipset Canggih yang Bakal Buat Galaxy Z Flip7 Jadi Smartphone Tercepat di 2025!

Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq tampil ke hadapan dan menyatakan bahawa beliau mengimani Rasulullah SAW di hadapan khalayak ramai yang menentang Baginda SAW.

Inilah dia iman Abu Bakar As-Siddiq.

Walaupun ditentang, tetapi beliau tetap dengan pendiriannya menegakkan dan membela Rasulullah SAW.

Kafir Quraish tidak mengimani setiap yang diucapkan oleh Rasulullah SAW.

Namun kali ini mereka lebih lagi menghina Rasulullah SAW bahkan mempertawakan perjalanan baginda ini.

Justru, mereka meminta bukti akan perjalanan baginda ini.

Baca Juga: Samsung Bocorkan Teknologi Sensor Glukosa Darah Optik, Era Baru Pemantauan Kesehatan?

Rasulullah SAW tidak gentar akan tantangan ini bahkan menyahut dengan berani tantangan kaum musyrikin Makkah, dan membuktikan bahawa baginda di jalan kebenaran.

Pihak musyrikin menanyakan tentang lebih "detail" binaan Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya.

Rasulullah SAW menjawab dengan baik dan sangat teliti baik bilangan tiangnya, tingkapnya dan suasananya.
Semua dijawab Baginda dengan tepat.

Hal ini sekaligus membuktikan bahawa Baginda SAW, memang benar telah melakukan peristiwa Israk dan Mikraj.

Jawaban Rasulullah mematahkan hinaan Kafir Quraish ke atas baginda SAW.

Sirah baginda SAW merupakan sebuah kisah yang menarik dan agung untuk dikaji lebih mendalam dan menjadi bahan renungan untuk kita perbaiki diri dari hinaan hidup yang sesat.***

Dilarang mengambil dan/atau menayangkan ulang sebagian atau keseluruhan artikel
di atas untuk konten akun media sosial komersil tanpa seizin redaksi.

Editor: Keikei Utari

Tags

Artikel Terkait

Rekomendasi

Terkini

Sekolah Tak Ada PR, Menguntungkan Siswa Atau Siapa

Selasa, 24 Juni 2025 | 19:57 WIB
X